Balasan Meninggalkan Solat :
Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan
sembahyangnya maka jawab baginda " Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari
waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan
melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".
Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas"
Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu
mereka neraka jahanam tempat kembalinya".
Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda " Sesiapa yang mengumpulkan
dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar
dari pintu dosa-dosa besar".
(Riwayat Al-Hakim)
Semoga menjadi peringatan buat kita semua...
No comments:
Post a Comment